Kuala Lumpur: Akibat panik selepas tempat kerjanya di Pasar Awam, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, di sini, diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya, seorang lelaki warga asing cedera selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri, semalam.
Lelaki berusia 20-an itu dan bekerja menjual ikan serta sayur di pasar berkenaan kemudian ditahan kerana tidak mampu berlari kerana tercedera dalam serbuan jam 10 pagi itu.
Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, dalam Operasi Jaja itu pihaknya membuat pemeriksaan di gerai makan dan pasar barangan basah selepas mendapat aduan orang ramai mengenai kehadiran ramai warga asing yang bekerja di premis berkenaan.
“Dalam serbuan itu, kami menahan 16 warga asing termasuk lima wanita selepas mendapati mereka masuk dan bekerja di negara ini secara haram di samping melanggar syarat pas atau permit.
“Turut ditahan dua lelaki rakyat tempatan yang juga majikan kerana menggaji pekerja asing tanpa memohon permit sah,” katanya.
Sementara itu, seramai 17 warga asing dan seorang rakyat tempatan ditahan dalam serbuan berasingan di kedai runcit dan gerai makan di Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, di sini, kira-kira jam 3.45 petang.

ANTARA warga asing yang ditahan dalam Operasi Jaja di Pandan Indah, semalam.
Operasi Belanja berkenaan diketuai Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Mohd Izzat Mohd Jamil, bersama 28 anggota lain bertujuan membanteras aktiviti perniagaan membabitkan warga asing bekerja sebagai pembantu gerai dan jurujual termasuk pemilik yang menggaji mereka.
Menurut Mohd Izzat, pihaknya turut menahan seorang peniaga kedai runcit mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana mengupah pekerja asing tanpa pas sah.
0 komentar:
Posting Komentar