Selasa, 31 Desember 2013

Pesanan Lambat Lelaki Mengamuk Di McDonald’s

0 komentar

Kami percaya kelaparan mampu menjadikan anda tidak waras dan hilang pertimbangan.

Itulah yang boleh kami simpulkan apabila membaca kisah lelaki yang mengamuk di laluan pandu lalu McDonald’s di Sengkang, Singapura melalui laman Stomp Straits Times.

Menurut saksi, lelaki itu naik angin selepas makanan yang dipesan belum tiba dalam tempoh yang agak lama.

“Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta dan menjerit ke arah pekerja McDonald’s bertanyakan sarapannya.

“Dia tidak ada adap langsung dan kelihatan agak kelakar,” jelasnya.

Lelaki itu juga cuba masuk ke dapur restoran bagi menunjukkan kemarahannya.

Apabila pekerja McDonald’s tersebut keluar untuk menenangkannya, dia menjerit, “Tak perlu ‘filet-o-fish, tak perlu sarapan!”

Hai, bawa-bawalah bersabar sikit. Orang lain di belakang pun sama menunggu juga. Tapi taklah mengamuk macam orang kebulur.

Oleh: ELZA
Read more ►

Utusan akan disaman lagi

0 komentar
Komas saman Utusan isu dakwaan militan LTTE
  • Aidila Razak
  • Malaysiakini Jul 22 2013
 
NGO Komas akan mengeluarkan notis tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana "melabelkan tiga (anggotanya) sebagai militan", kata pengarahnya Tan Jo Hann.

Tan berkata, Utusan bertindak demikian pada 9 Julai dalam artikel berhubung penahanan tiga anggota Komas semasa NGO itu menganjurkan penayangan filem No Fire Zone pada 8 Julai.

"Kami ada (petikan) laporan dalam tangan kami sekarang dan kami akan memulakan tindakan undang-undang. Kami pasti akan menyaman mereka," katanya.

Dalam versi atas taliannya, Utusan berkata, ketiga-tiga mereka "dipercayai penyokong militan antarabangsa, Barisan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)".

Tan berkata demikian kepada Malaysiakini selepas dua jam disoal siasat oleh Kementerian Dalam Negeri di Unit Penguatkuasaan dan Penapisan di Kuala Lumpur, berhubung penglibatan Komas dalam tayangan filem yang diserbu kementerian itu.

Kementerian menyiasat tayangan itu bawah Akta Penapisan Filem 2002.
Read more ►

Nik Aziz kutuk penerbitan filem Innocence of  Muslims

0 komentar
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengutuk pihak yang menerbitkan filem Innocence Of Muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Mursyidul Am PAS itu menyifatkan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan filem tersebut sebagai orang tidak betul dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan filem itu.Katanya tidak ada manusia yang lebih mulia daripada Nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda dilantik oleh Allah sebagai Nabi sedangkan kemuliaan dan kehormatan seseorang manusia lain hanya dipilih dan dilantik sesama manusia.

"Bila kita hina orang bererti kita mulia, jadi kita mulia daripada Nabi adakah masuk akal?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perbarisan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di Padang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tumpat, semalam.
Bernama
Read more ►

Senin, 30 Desember 2013

Bumbung Tokong Terbentuk Kalimah Allah Cetus Kegemparan

0 komentar


Bumbung Tokong Terbentuk Kalimah Allah Cetus Kegemparan | Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.
Bumbung Tokong Terbentuk Kalimah Allah Cetus Kegemparan

Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.

Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.

Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.

"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.

“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.

“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.

Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan. sumber


Read more ►

Mat Sabu Sifatkan Kempen Pas Kali Ini PALING TERUK Sejak 35 tahun Lalu!

0 komentar


“Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.

“Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti,” katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider.

Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan.

Katanya, ia menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari dan tidak dizinkan walaupun tidak dilembagakan.

Tetapi kini, katanya, ia sudah menjadi trend baru di kalangan ahli PAS.

“Saya sendiri sebagai ahli veteran kadang-kadang terpinga-pinga melihat perkembangan terbaru dalam parti ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap perkembangan ini bukan berpunca daripada unsur luar yang masuk menyerap ke dalam PAS atau cuba diambil kesempatan oleh pihak luar atas keterbukaan PAS selama ini.

Beliau berkata, perkara ini boleh dilihat sejak sebelum pilihan raya umum ke 13 Mei lalu lagi.

Ketika itu, katanya, sudah disebut di kalangan pimpinan dan ahli PAS orang ini layak memimpin, orang ini tidak layak, malah label juga diberikan kepada kepimpinan parti.

Mohamad berkata, “penyakit” sebegini sebelum ini dihadapi oleh Umno pada 1980-an iaitu label komunis diberikan kepada tokoh kepimpinan mereka.

“Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Samad Ismail dilebelkan sebagai komunis. Tun Dr Mahathir pun nyaris ditangkap oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ghazali Shafie,” katanya.

Kisah itu turut dinyatakan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali melalui bukunya yang antara lain menyatakan soal siasat terhadap beliau menyelamatkan Dr Mahathir.

“Betul atau tidak hal kedua kerana yang penting label komunis boleh jejaskan seseorang untuk dipilih sebagai kepimpinan Umno,” kata Mohamad.

Sekarang ini, katanya, “penyakit” itu melanda PAS pula.

“Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin PAS, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” katanya.

Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri.

“Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya,” katanya.

Mohamad berkata, ketika beliau dalam Pemuda PAS dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang.

“Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno,” katanya.

Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain.

“Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan PAS yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan,” katanya. – The Malaysian Insider
Read more ►

Indonesia Punya Bunga Paling Menabjubkan Di Dunia

0 komentar













Read more ►

Angelina Jolie Buang Payudara Kerana Kanser

0 komentar

Angelina Jolie Buang Payudara Kerana Kanser-Pelakon terkenal Angelina Jolie mengumumkan beliau sudahpun menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah buah dada beliau bagi mengurangkan risiko mengidap kanser payudara.
Dalam artikel yang ditulis oleh beliau di  New York Times hari ini, Angelina berkata beliau diberitahu pihak doktor beliau mempunyai 87% kebarangkalian mengidap kanser payudara dan 51%  kebarangkalian mengidap kanser ovari. Ini adalah kerana beliau didapati membawa gen BRCA1 yang mengakibatkan kedua-dua kenser ini berlaku di kalangan wanita. Angelian berkata beliau mula menjalani pembedahan membuang buah dada beliau Febuari lalu dan rawatan selesai pada bulan April. Bagi menjalani kehidupan yang normal, buah dada beliau kini digantikan dengan implan.
Angelina Jolie blogspot.com +%252819%2529 Angelina Jolie Buang Payudara Kerana Kanser
Pelakon yang terkenal dengan kesesksian beliau ini berkata tindakan drastik ini diambil kerana beliau kehilangan ibu beliau Marceline Beartrand (57) pada tahun 2007 yang mengidap kenser payudara.
Read more ►

Minggu, 29 Desember 2013

Daun jadi alat komunikasi

0 komentar
Gulungan daun Heliconia atau Calathea ini menjadi alat komunikasi kelawar Spix.

KELAWAR kecil bersayap spesies Spix di Amerika Tengah dan Amerika Selatan menggunakan gulungan daun sebagai alat komunikasi dengan kumpulan yang lebih jauh.

Biasanya mereka ditemui dalam gulungan daun Heliconia atau Calathea dalam kumpulan kecil iaitu lima hingga enam ekor.

Difahamkan, daun itu hanya bergulung selama sehari dan apabila terbuka, haiwan tersebut perlu menggunakan panggilan sosial khas untuk berhubung dengan kumpulan lain bagi mencari rumah baru.

Menurut saintis yang diperik DailMail,  kelawar tetap mencari kumpulan mereka dan komunikasi seperti itu lebih mudah walaupun terdapat masalah kualiti bunyi.

Susulan daripada itu, penyelidik dan ahli biologi, Gloriana Chaverri dan Erin Gillam dari Universiti Costa Rica sedang mengkaji ciri-ciri daun yang dipilih oleh kelawar untuk berkomunikasi.
Read more ►

Hot! Gambar Penampilan Bergaya Nasha Aziz Memakai Mini Skirt

0 komentar
Nasha Aziz tampil bergaya dengan skirt pendek - Pelakon terkenal, Nasha Aziz tampil bergaya dan menawan dengan baju putih nipis, dipadankan dengan skirt pendek paras paha. Penampilan terkini itu membuat kaum lelaki di luar sana mula berdarah hidup dan termimpi-mimpikan Nasha Aziz.
Ketika ditanya samada dirinya sudah bertemu jodoh atau belum, aktres jelita itu dengan bersahaja menjawab masih solo dan belum mengenali sesiapa pun untuk dijadikan suami. Ini bermakna, peluang untuk jejaka di luar sana masih terbuka dan boleh melakukan sesuatu.
“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal. Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat.”





Read more ►

MP BN jemput Anwar ke pelancaran SRF

0 komentar
Malaysiakini
  • Hazlan Zakaria
  •   Jul 27 2012
 
Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).
NONEPergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).
Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.

"Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.
Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.

"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.
Read more ►

Sabtu, 28 Desember 2013

Buat dengan Google Adsense untuk apps Android

0 komentar

Assalamualaikum semua, kali ini Berita Hangit akan berikan Kod Google Adsense untuk Android.
Tentu ada dikalangan anda yang menggunakan Handphone, Tablet Android sebagai medium komunikasi seharian. Seperti yang kita pernah lihat, bagaimana orang menjana Buat Duit Dengan Applikasi Game. Lihat dibawah kod/skrip Google Adsense Untuk Android untuk menjana pendapatan secara rileks dengan android. :)

Adding a com.google.ads.AdView

Android apps are composed of View objects, Java instances the user sees as text areas, buttons and other controls. AdView is simply another View subclass displaying small HTML5 ads that respond to user touch.
Like any View, an AdView may be created either purely in code or largely in XML.
The five lines of code it takes to add a banner:
  • Import com.google.ads.*
  • Declare an AdView instance
  • Create it, specifying a unit ID—your AdMob publisher ID
  • Add the view to the UI
  • Load it with an ad
The easiest place to do all this is in your apps Activity.

import com.google.ads.*;
public class BannerExample extends Activity {
 
private AdView adView;

 
@Override
 
public void onCreate(Bundle savedInstanceState) {
   
super.onCreate(savedInstanceState);
    setContentView
(R.layout.main);

   
// Create the adView
    adView
= new AdView(this, AdSize.BANNER, MY_AD_UNIT_ID);

   
// Lookup your LinearLayout assuming its been given
   
// the attribute android:id="@+id/mainLayout"
   
LinearLayout layout = (LinearLayout)findViewById(R.id.mainLayout);

   
// Add the adView to it
    layout
.addView(adView);

   
// Initiate a generic request to load it with an ad
    adView
.loadAd(new AdRequest());
 
}

 
@Override
 
public void onDestroy() {
   
if (adView != null) {
      adView
.destroy();
   
}
   
super.onDestroy();
 
}
}
You can download an example project containing this code here and may alternately

The Result

When you now run your app you should see a banner at the top of the screen:
Read more ►

Gempar Awan cerut gergasi

0 komentar
AWAN menyerupai cerut yang terbentuk di kaki langit di Devon, barat daya England baru-baru ini. 

DARTMOUTH, Britain - Sekumpulan nelayan menyangka mereka berada dalam filem seram klasik, The Fog apabila melihat formasi awan luar biasa di kaki langit, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Mereka sedang memancing di atas sebuah bot di Selat Inggeris baru-baru ini apabila awan gergasi mirip sebatang cerut tiba-tiba muncul beberapa kilometer di hadapan dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Awan rendah sepanjang 1.6 kilometer itu bergerak ke arah bot mereka, 48 kilometer ke selatan bandar ini dan menyelubunginya beberapa minit kemudian.- Agensi
KAGUM...Nelayan memerhati awan cerut gergasi yang bergolek kearah  bot mereka

SERAM...Dalam masa beberapa minit bot mereka telah di selubungi awan cerut besar


Read more ►

Perbezaan Sunni ialah mazhab diiktiraf Dan Syiah adalah Kafir!!

0 komentar
Kisah ini dituturkan oleh seorang kompasianer bernama Mawarni,berikut ulasannya:
Pernahkah kita melihat seorang perempuan yang seluruh tubuhnya tertutup kecuali matanya saja yang kelihatan sedang berjalan jalan ditengah keramaian atau di pasar? Kemarin ketika aku bersama teman teman sedang berjalan jalan di sebuah Mall di kotaku, aku berpapasan dengan sejumlah wanita bercadar dan ketika ku tanyakan kepada temanku siapa mereka dengan singkat temanku itu menjawab itu wanita Syiah.

Baru pertama kali aku melihat secara langsung wanita yang seluruh tubuhnya tertutup rapat dengan pakaian longgar dan hanya menyisakan dua pasang mata. Biasanya aku sering menjumpai wanita yang berjilbab longgar atau ketat bahkan ada juga teman sekantorku yang memakai jilbab dan aku juga sesekali berjilbab ketika ada acara keagamaan di kantor. Aku pikir wanita Syiah itu agak berlebihan kerena setahuku Islam menyuruh wanita menutupi tubuhnya tapi tidak seluruhnya muka dan telapak tangan boleh kelihatan.

Syiah itu identik dengan sebuah negara yang terletak di timur tengah yaitu Negara Iran. Iran ini pernah berperang selama puluhan tahun dengan tetangganya yaitu Irak yang notabone juga sebuah negara Islam yang beraliran Sunni. Aku tidak tahu kenapa kedua negara islam ini saling berperang, aku pikir seperti kasus Ahmadiyah yang dianggap ajarannya menyimpang oleh mayoritas pemeluk islam di Indonesia. Bahkan oleh Menteri Agama, Ahmadiyah ini disarankan untuk membentuk agama baru yang apalah namanya yang penting bukan islam. Walaupun Tuhannya tetap Allah tapi nabi dan kitab sucinya tidak sama dengan dengan umat Islam. Nabi dari Ahmadiyah ini bernama Mirza Ghulam Ahmad dan kitab sucinya Tadzkirah. Jadi kalau menurut aku wajar saja Menteri Agama waktu itu menyarankan untuk membikin agama baru seperti agama langit lainnya yaitu Yahudi dengan nabi Musa dan kitab sucinya Taurat atau Kresten dengan nabi Isa/Yesus dengan kitab sucinya Injil. Tapi ternyata Syiah dan Sunni itu itu tidak berbeda sama sama bertuhan Allah, bernabi Muhammad dan berkitab suci Alqur’an. Jadi apa yang mereka permasalahkan?

Ketika ku tanya kepada teman dekatku apa sih perbedaan antara Syiah dan Sunni itu, apakah seperti NU dan Muhaddiyah yang meributkan masalah doa qunut, tahlillan dan ziarah kubur? Teman dekatku itu cuma angkat bahu dan berkata yang ditanya tidak lebih tahu dari yang menanya. Kerena masih penasaran ahirnya aku bertanya kepada mbah google, dari berbagai penulusuran ahirnya aku menemukan sedikit gambaran mengenai Syiah dan Sunni.

Syiah adalah pengikut Imam Ali yang merupakan keponakan sekaligus menantu nabi Muhammad. Kelompok Syiah ini beranggapan sepeninggal Nabi Muhammad yang seharusnya meneruskan estapet kepemimpinan Islam adalah Ali dan keturunannya bukan Abu bakar, Umar ataupun Usman. Adapun masalah hadist kelompok syiah hanya mengakui hadist yang diriwayatkan oleh Ali dan patimah putri Nabi. Sedangkan Sunni atau kalau di Indonesia dikenal dengan nama Ahli Sunnah Waljamaah adalah kelompok yang mengikuti ajaran nabi, para sahabat, tabii dan tabiin serta ulama sampai ahir jaman.

Mungkin itulah sebabnya antara Syiah dan Sunni tidak pernah akur kerena masalah kepemimpinan. Syiah tidak pernah mengakui pemimpin islam yang bukan dari Ahlul Bait atau keturunan nabi.

Mungkin apa yang aku kemukakan ini banyak tidak benarnya atau salah tapi itulah hasil penelusuranku dari mbah google atau ada yang memberi pandangan lain silahkan comen di kolom komentar.

Sumber: http://muda.kompasiana.com/2012/03/21/apa-sih-perbedaan-antara-sunni-dan-syiah-448664.html
Read more ►

Orang Asli dakwa tidak wujud “kawasan rayau” dalam pemilikan tanah adat

0 komentar
OLEH DIYANA IBRAHIM November 02, 2013
Setiausaha JKOAK, Jamaluddin Ayau menyerahkan memorandum bantahan cadangan pengukuran tanah kepada Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul di pejabat Suhakam di Kuala Lumpur semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 November, 2013.Setiausaha JKOAK, Jamaluddin Ayau menyerahkan memorandum bantahan cadangan pengukuran tanah kepada Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul di pejabat Suhakam di Kuala Lumpur semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 November, 2013.Timbalan Presiden Jaringan Orang Asli Kelantan  (JKOAK), Harum Asir menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  yang menggunakan istilah "kawasan rayau" bagi Orang Asli.
Harum berkata, kenyataan Abdul Hadi itu mengecewakan kerana Presiden PAS itu tidak memahami mengenai konsep pemilikan tanah adat.

"Dalam artikel The Malaysian Insider bertajuk Orang Asal sampai bila nak merayau, Presiden PAS itu ada menyebut Orang Asli tidak seharusnya mengharapkan kerajaan menyediakan kawasan rayau untuk mereka kerana sudah tiba masanya bagi Orang Asli keluar daripada kebiasaan.

 "Ingin saya tegaskan kami tidak menggunakan kawasan rayau kerana tanah adat ini mempunyai sempadan dan zon tanah yang dikenalpasti dengan jelas oleh kami secara peta minda atau peta komuniti," katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan cadangan pengukuran tanah di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), di Kuala Lumpur semalam.

Harum berkata, kerajaan negeri Kelantan harus belajar dan mengambil tahu konsep pemilikan tanah adat  kerana tindakan memberikan hak milik secara lot individu tertakluk bagi lot rumah dan lot dusun akan menyebabkan tanah Orang Asli mengecil dan seterusnya bakal kehilangan tanah.
Katanya, mengikut data dan maklumat yang terkandung dalam laporan Inkuiri Nasional Suhakam membuktikan jumlah keluasan tanah Orang Asli kian berkurangan dan hilang.

Ketua  Persatuan Belia Orang Asli Kelantan, Dandi Johar, berkata sebelum ini terdapat perbincangan  meja bulat mengiktiraf hak Orang Asli di Universiti Malaya pada 12 Oktober, Pengarah Sumber Manusia Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, Mohad Zainudin Mohamed menyatakan kerajaan negeri sudah membuat keputusan mewartakan tanah Orang Asli mengikut Seksyen 62, Kanun Tanah Negara iaitu secara komuniti.
Katanya, Mohd Zainudin turut berkata tanah tersebut bakal dimajukan dan Orang Asli akan mendapat faedah daripada hasil keuntungan projek tersebut.

Dandi berkata, lebih mengecewakan apabila kerajaan negeri Kelantan hanya berunding dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) tanpa berunding secara terus dengan masyarakat Orang Asli.
"Orang Asal bukan bodoh, kerajaan berikan kami geran, namun Orang Asal hendak buat apa dengan geran? Ia boleh dijual dan apa yang kami mahu ialah hak untuk mendapatkan tanah sepatutnya diberikan kepada kami, sekiranya hanya beri dua atau enam ekar kami tolak.

" Sejak berkurun-kurun lagi kerajaan sentiasa meminggirkan kaum Orang Asli dan menafikan hak, sudah sampai masa kerajaan mengiktiraf kami setaraf dengan rakyat Malaysia lain, kami tidak mahu selama-lamanya digelar yang lain-lain dalam istilah perkauman negara," katanya.
Dandi turut menyelar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menafikan dakwaan JKOAK menuduh kerajaan negeri tidak prihatin dengan kebajikan Orang Asli serta tetap meneruskan pengukuran tanah adat.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli hairan mengapa JKOAK tidak terus datang berjumpa kerajaan negeri membicangkan hal tersebut.
Dandi berkata, JKOAK tidak pernah berhenti mengambil inisiatif berjumpa dengan kerajaan negeri.
"Benar kita tidak berjumpa secara terus dengan beliau kerana usaha kita selalu dihalang. Tetapi, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini JKOAK sentiasa mengadakan perbincangan dan rundingan bersama Exco dan wakil kerajaan namun sehingga kini suara kami tidak pernah didengar," katanya.

Gua Musang mempunyai perkampungan Orang Asli paling ramai di Kelantan dengan jumlah 14,000 penduduk  yang kebanyakannya tinggal di Kampung Pos Pasir dan Kampung Pos Bahai. - 2 November, 2013.
  The Malaysian Insider
Read more ►

Jumat, 27 Desember 2013

Gara gara video ini habis keburukkan Dr Fadzilah Kamsah didedah

0 komentar

  kerengga 

Blog darisungaiderhaka.blogspot.com

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya pakar motivasi tersohor dalam negara ini Dato Dr.Fadzilah Kamsah tiba-tiba menjadi sasaran serangan Blogger Pro Pakatan Rakyat hari ini?

Semuanya kerana tersebarnya video di bawah ini,

Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video di bawah beliau mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi.

Malah menurutnya juga rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan.

Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri.

Beliau seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran, maka inilah sebabnya satu persatu wajah sebenar beliau didedahkan.

Beliau tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa beliau juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahnya "materealistik".

Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"

Apa yang telah didedahkan tentang pakar motivasi ini sila lihat di (SINI )
-selatanonline-
Read more ►

Video tentera pemberontak eksekusi tentera rejim Syria

0 komentar
Sep 2013


article image
Satu rakaman video eksekusi tentera pemberontak terhadap tentera rejim Syria beredar di Internet.

Dalam video itu kelihatan tujuh tentera Syria hanya mengenakan seluar sedang berbaris meniarap di tanah. Tangan mereka diikat di belakang dan tubuh mereka nampak kotor. Di belakang mereka berdiri sembilan tentera pemberontak yang mengarahkan senapang dan pistol ke bahagian belakang kepala mereka, seperti dilapor   the Daily Mail, Jumaat, (6/9).

Sebelum menembak mereka, pemimpin kelompok pemberontak bernama Abdul Samad Issa membacakan puisi kepada para tawanan itu.

"Selama 50 tahun mereka (rejim) korupsi. Kami berjanji kepada Tuhan Yang Maha Kuasa ini kami akan mengambil sumpah: kami akan balas dendam."

Video dibuat April tahun lalu itu berhasil disebarkan oleh mantan tentera pemberontak yang ketakutan kerana kekejaman para tentera pemberontak itu. Dia memberikan video itu kepada surat khabar the New York Times.

Berikut video execute itu.
 
Video New York Times
Read more ►

Turutan kewajipan anak lelaki suami anak perempuan isteri

0 komentar
Pic ini secara ringkas kewajipan dan keutamaan kita sebagai suami atau isteri

Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..? Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..?

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita. Kita sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur.

Aturan Keutamaan Dalam Hidup Suami dan Isteri

Lihat turutan di bawah untuk lebih faham mengenai aturan keutamaan manusia dalam hidup lelaki dan perempuan selepas berkahwin;

Lelaki

  1. Ibu Bapa Kandung 
  2. Isteri 
  3. Anak-anak 
  4. Ibu Bapa Mertua 
  5. Adik beradik Kandung / Tiri 
  6. Adik Beradik Isteri 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran Tetangga 
Perempuan
  1. Suami 
  2. Anak-anak 
  3. Ibu bapa kandung 
  4. Ibu bapa mertua 
  5. Adik beradik kandung / tiri 
  6. Adik beradik suami 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran tetangga 
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud:“Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jadi, boleh nampak tak kat sini yang bagi seorang isteri, selepas berkahwin keutamaan dia berubah kepada suami dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum keluarganya sendiri. Namun, masih ramai yang belum faham peraturan ini, malah ada yang meletakkan keutamaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, mak bapak angkat, anak buah, sedara sekampung, kawan baik, dan rakan sekerja. Ada pulak yang sanggup berhutang untuk tolong rakan sekampung, padahal anak bini terabai.

Sebenarnya isteri selepas berkahwin kalau tak nak jenguk saudara maranya pun, beliau tidak berdosa. Kita ini manusia biasa, perkara yang wajib pun tak tertunai inikan pula yang sunat. Sudah menjadi keutamaannya sebagai isteri untuk mendahulukan hal suami dan anak-anak sebelum keluarganya sendiri. Malah, kalau ditakdirkan yang kedua-dua ibu si suami dan isteri sakit tenat serentak, si isteri hendaklah pulang mengikut suaminya menziarahi ibu mertuanya terlebih dahulu sebelum menjenguk ibunya sendiri.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Malah, ibu bapa perempuan itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami. 

Tanggungjawab sebagai anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh. Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan.

Di sinilah bezanya antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawab yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipannya. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tambahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumahtangga.

Apabila sudah berumahtangga, kita mengambil "tanggungjawab terpindah". Faham tak apa maksudnya? Tanggungjawab yang terpindah di bahu kita sebaik sahaja lafaz akad nikah dibuat. Bila kita sendiri memilih untuk memindahkan tanggungjawab dari ibu bapa kepada suami dan isteri, maka kita harus tunaikannya sebaik mungkin. Terbatalnya akad nikah ni, maka terlucutlah tanggungjawab si suami pada isterinya dan begitulah sebaliknya. Bila dah jadi ex, isteri terpulang untuk tidak patuh lagi dengan bekas suaminya.

Maka, di sini kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu barulah berkewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Contohnya anak yang masih bujang dan tinggal serumah dengan ibu bapa.  

Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Hadis yang bermaksud : "Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang , nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada suaminya."

Hadis ini adalah sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang diberkati oleh Allah .


sumber:
Read more ►

Kamis, 26 Desember 2013

Mungkinkah manusia mengebor bumi sampai tembus

0 komentar
Tentu saja tidak mudah menjawab pertanyaan itu. Sekarang, tampaknya mustahil manusia bisa mengebor bumi sampai tembus. Entah di masa-masa mendatang, barangkali manusia menemukan teknologi yang lebih maju di bidang pengeboran.

Yang jelas, bola bumi memiliki diameter sepanjang 12.756 kilometer atau lebih dari 12 juta meter. Jadi, kalau manusia ingin mengebor bumi sampai tembus, diperlukan alat bor yang panjangnya lebih dari 12 juta meter. Wow…, panjang sekali.

Selain itu, suhu di inti bumi sangat panas. Inti bumi terdiri dari nikel beku setebal 1.370 km dan suhu mencapai 4.000 0C. Wow, panas sekali, ya? Apa alat bornya tidak meleleh pada suhu setinggi itu?

silahkan dilihat gambar dibawah ini

Pengeboran Terdalam
Bumi terdiri atas empat lapisan yang berbeda. Para ahli geologi menyatakan, sejak bumi mendingin 4,6 milyar tahun lalu, material yang berat “tenggelam”, sedangkan materi yang ringan muncul ke permukaan. Karenanya, lapisan kulit bumi terbuat terbuat dari materi yang ringan seperti batu granit. Sedangkan bagian dalam bumi berisi logam berat seperti nikel dan besi.

Kulit bumi adalah tempat yang kita tinggali ini. Di bawahnya adalah mantle (mantel), berupa materi berbentuk pasta seperti bubur. Inti bumi sangat panas dan memiliki tekanan yang sangat tinggi. Tubuh manusia akan hancur seperti perkedel jika datang ke pusat inti bumi karena tekanan yang sangat tinggi.

Manusia melakukan pengeboran bumi untuk beragam alasan. Untuk penelitian, mencari minyak, air, atau tujuan lain. Manusia sudah berhasil meneliti lapisan kulit bumi, tetapi inti bumi masih menjadi misteri.

Pengeboran minyak bumi biasanya ”tidak dalam”. Pada kedalaman 6.000 meter, minyak sudah ditemukan. Pengeboran terdalam yang pernah dilakukan manusia adalah yang dilakukan di Kola Peninsula, Rusia. Pengeboran itu dimulai pada 1970 dan mencapai kedalaman 12.262 meter pada tahun 1994. Teknik pengeboran tidak dengan memutar alat bor, tetapi ditekan sedikit demi sedikit sambil mengeluarkan lumpur.

Tujuan pengeboran Kola Peninsula adalah 15 ribu meter. Tetapi tidak berhasil. Pada kedalaman itu, suhu mencapai bisa mencapai 300 derajat celcius atau bahkan lebih tinggi lagi. Terlalu panas untuk mengoperasikan alat bor di sana.

Pengeboran lain yang cukup dalam dilakukan di laut Kaspia. Mencapai kedalaman hampir sedalam di Kola Peninsula. Selain itu, ada pengeboran untuk riset di Bertha Rogers, Oklahoma, Texas dengan kedalaman 9.583 meter.

Pada pengeboran di Peninsula, tidak ditemukan minyak atau sumber alam. Tetapi ilmuwan berhasil mempelajari susunan lapisan bumi, termasuk lempeng yang berkaitan dengan gempa bumi serta komposisi fisik dan kimia dari inti bumi.

Tidak selamanya manusia melakukan pengeboran dari darat. Manusia juga melakukan pengeboran di laut. Bisa dengan menririkan pangkalan bor di laut, biasa disebut rig. Bisa juga mengebor melalui kapal, seperti kapal “Joides Resolution”. Kapal Joides Resolution memiliki tujuh lantai, milik Joint Oceanographic Institute yang bergerak di bidang penelitian ilmiah.

Nah, manusia telah mampu mengebor ke bumi sedalam lebih dari 12 ribu meter. Padahal diameter bumi mencapai 12 juta meter. Jadi, baru satu dibanding seribu. Mungkinkah suatu saat manusia bisa mengebor bumi sampai tembus?

sumber: http://www.dalimunthe.com/2010/02/mungkinkah-manusia-mengebor-bumi-sampai.html

Read more ►

Ayu Raudhah Elak Berlakon Watak Peluk

0 komentar
Ayu Raudhah

Menghormati statusnya sebagai isteri dan ibu, pelakon kelahiran Alor Setar, Ayu Raudhah mengakui sebolehnya akan mengelakkan adegan berpelukan dengan artis lelaki dalam naskhah drama yang akan dibintanginya selepas ini.
Menurut aktres itu lagi, suaminya, Zaquan Adha tidak pernah menghalang dirinya untuk kembali aktif berlakon selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka, Muhammad Aisy Qaiser pada Mac lalu.
“Suami saya tidak pernah menghalang untuk saya kembali berlakon. Dia juga tidak pernah menyimpan perasaan cemburu jika saya kembali berlakon atau berlakon dengan orang lain, kerana dia seorang yang sangat sporting.
“Tapi sebagai isteri orang, saya tahu di mana batas-batas yang perlu saya lalui. Takkan dengan status saya sekarang ini, saya mahu mengambil watak peluk? Itu sama sekali akan saya elakkan dan saya pasti ramai pihak faham dengan status saya sekarang ini,” ulasnya menerusi portal Murai.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah melangsungkan pernikahan pada 20 Januari 2011 di kampung halaman Ayu yang terletak di Kedah. Mynewshub

Read more ►

Budak 15 Tahun Di Ipoh Beli Senapang Di Internet

0 komentar
Pelajar

IPOH – Usianya baru mencecah 15 tahun, namun seorang pelajar sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki koleksi senjata dan senapang tiruan berbahaya model M16; pistol Glock; Colt 45 automatik dan Air Rifle MP 5 untuk koleksi peribadi.
Senjata tiruan yang seakan senjata api tulen itu dipercayai ditempah khas melalui sebuah laman web yang beroperasi di luar negara termasuk Amerika Syarikat, China dan Taiwan.
Bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa, remaja berkenaan menempah senjata itu melalui Internet sebelum senjata itu dihantar ke negara ini menerusi khidmat pos.
Bagaimanapun, usaha licik remaja itu berakhir apabila anggota Unit Kastam Pos, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Cawangan Ipoh mengesan senjata tiruan itu menerusi mesin pengimbas di Pejabat Pos Ipoh, tengah hari Sabtu lalu.
Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, pihaknya menahan remaja berasal dari Kuala Kangsar terbabit pada hari sama rampasan dibuat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sebelum dilepaskan dengan jaminan.
Beliau berkata, siasatan mendapati, remaja berkenaan mengaku membuat pesanan senjata tiruan itu dengan melaburkan wang RM2,000.
“Selain senjata api, kami turut merampas kelopak dan bebola getah serta tembaga dipercayai peluru pistol berkenaan selain beberapa komponen dan peralatan berkaitan senjata api tiruan itu.
“Lima senjata api yang dirampas itu sebahagian daripada 10 unit senjata yang dirampas pasukan penguatkuasaan kastam negeri bagi tempoh Januari hingga Jun termasuk dua unit dirampas di Kompleks Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, manakala tiga unit lain dikesan di pejabat pos negeri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, pihaknya memandang serius pengimportan tanpa permit senjata api tiruan berkenaan kerana ia bukan saja mampu mengancam keselamatan negara sebaliknya boleh disalah guna untuk tujuan jenayah.
Mohd Nasir berkata, senjata tiruan model Air Rifle MP 5 itu sendiri boleh digunakan untuk mencederakan binatang dan manusia, malah boleh membawa maut sekiranya diubah suai.
Menurutnya, senjata api itu turut menggunakan bateri yang perlu dicas dan gas untuk berfungsi.
“Kami bimbang jika ia jatuh ke tangan individu tidak bertanggungjawab, ia mungkin digunakan sebagai senjata api untuk tujuan samun, rompakan dan pembunuhan.
“Pada masa sama, kami turut meminta ibu bapa supaya memantau kegiatan anak masing-masing terutama dalam penggunaan internet bagi mengelak salah guna kemudahan itu untuk tujuan membeli dan mengedar senjata api serta barang-barang terlarang lain,” katanya.
Katanya, pengimportan semua jenis senjata termasuk senjata tiruan perlu mematuhi Butiran No 46, Jadual 3, Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 di mana pengimportan perlu disertai dengan permit import yang diluluskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). – myMetro Online
Foto: BH Online
Read more ►
 

Copyright © Blogger Aktif Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger