Jumat, 14 Maret 2014

11 Terperangkap Bangunan Runtuh Di Colombia


BOGOTA – Sebuah bangunan apartmen 21 tingkat runtuh di Bandar Medellin, di Colombia menyebabkan 11 pekerja terperangkap dalam timbunan sisa runtuhan, hari ini.

Pihak berkuasa sudah meminta bangunan berkenaan dikosongkan selepas mendapati ada risiko akan runtuh, namun pekerja di dalam bangunan masih berusaha untuk mengukuhkan bangunan ketika ia runtuh pada malam semalam.

Pegawai Pejabat Datuk Bandar, Santiago Perez berkata, tiga daripada pekerja berjaya diselamatkan manakala 11 masih terperangkap.

“Kami memberikan amaran mengenai bahaya berkenaan ketika lawatan pemeriksaan pada Jumaat,” kata Perez, yang juga timbalan pengarah di Pejabat Pengurusan Risiko Bandaraya. – AFP


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Blogger Aktif Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger