Rabu, 19 Februari 2014

Selangor sumbang 753 ekor lembu sempena Aidiladha

0 komentar

Harakahdaily 

Selangorku, 11 Okt 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyumbangkan 753 ekor lembu bernilai RM2,259,000 untuk diagih ke setiap daerah, masjid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di seluruh negeri sempena Aidiladha.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata lembu yang setiap seekor seberat 200 kilogram itu diperoleh daripada penternak tempatan termasuk PKPS Livestock Farm Sdn Bhd dan sebahagian lagi diimport dari Thailand.

Ia dibiayai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Worldwide Holdings (WHB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Sempena sambutan Aidiladha itu, katanya, PKPS diamanahkan untuk menguruskan pengagihan yang dijadual bermula serentak di semua daerah antara 12 Oktober sehingga 14 Oktober.

“Antara pemantauan PKPS ialah membuat tagging setiap lembu bagi mengelakkan tidak berlaku penukaran di lokasi penghantaran. Tugas memantau dilaksanakan 28 kakitangan PKPS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penyerahan Lembu Korban 2013 di Ladang PKPS Jelutong Jati, selain turut meninjau ladang lembu yang dibangunkan PKPS.

Turut hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Ali Ahmad dan Exco Permodenan Pertanian, Sallehen Mukhyi dan exco lain, Dr Yunus Hairi dan Dr Daroyah Alwi.
Read more ►

Sabtu, 15 Februari 2014

Umno Selangor mengaku rakyat sudah hukum mereka

0 komentar

  Harakahdaily 

    23 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Jika isu 24 bidang tanah yang dibeli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak dikeluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.
Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.

Berikut tulisan beliau.

Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”.

UMNO begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang diwujudkan oleh UMNOlah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. UMNO yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap UMNO dan komponennya. Bukan begitu?

DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita UMNO ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi. UMNO yang menyebut berulang kali yang DAP itu parti rasis dan UMNO tidak rasis. Tetapi hakikatnya UMNOlah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.

selengkapnya

Read more ►
 

Copyright © Blogger Aktif Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger