Rabu, 25 Desember 2013

Aisyah yang diculik ditemui selamat di Pulau Pinang

0 komentar

05/08/2013 

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak, Wan Aisyah Wan Exzam,3, yang dilaporkan hilang di Rawang semalam telah ditemui semula, hari ini.
Wan Aisyah di serahkan di balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11:30 pagi tadi.

Menurut sumber, ibu kepada suspek yang diburu polis itu datang menyerahkan kanak-kanak tersebut.
Katanya, hasil temu bual dengan warga emas itu dia mengatakan bahawa anaknya menghilangkan diri sebaik menyerahkan Aisyah kepadanya.

"Wanita itu memberitahu kira-kira pukul 5 pagi anak lelakinya itu datang ke rumah mereka di Teluk Kumbar dengan kanak-kanak itu.
" Dia menyuruh ibunya menyerahkan Aisyah kepada pihak polis dan terus menghilangkan diri,"katanya.
Jelasnya lagi, pihak polis kini memburu suspek yang bernama Shahrizal Yusof, 43 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
Katanya, kes ini akan di siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
"Kita telah menelefon ibunya seorang guru di Rawang untuk datang dan mengambil anak semula,"ujarnya. - KOSMO!

 kosmo
Read more ►

Senin, 23 Desember 2013

Jenazah Seorang Model Singapura Ditemui di Dalam Parit

0 komentar
16 Oktober 2013 
Model Singapura, Fehmina Chaudhry, ditemukan mati di parit di pinggiran Islamabad, Pakistan. | Facebook
ISLAMABAD, KOMPAS.COM - Seorang model dan ratu  cantik  Singapura yang hilang di Pakistan telah ditemui meninggal di sebuah parit di pinggiran kota Islamabad, Pakistan.

Model bernama Fehmina Chaudhry (27 tahun) itu beralamat di Singapura. Ia berasal dari kota pelabuhan Karachi di Pakistan. Wanita itu dilaporkan hilang pada Khamis (10/10) lalu ketika mengunjungi Islamabad untuk membeli hartanah, kata polis .

"Polis telah menangkap broker real estate dan setelah diinterogasi, dia mengatakan kepada para petugas bahawa dia telah membunuh model itu dan membuang jenazahnya di sungai di pinggiran kota, " kata juru cakap polis  Islamabad, Muhammad Naeem.

Promotor Chaudhry di Pakistan, Asif Hashmi, mengesahkan kematian model itu dan mengatakan Chaudhry telah menikah, punya seorang putera dan seorang puteri.

"Dia seorang dermawan yang berdedikasi dan dia merancang untuk mendirikan sebuah sekolah mode di Pakistan," kata Hashmi. Chaudhry, kata Hasmi, telah memenangi sejumlah pertandingan kecantikan.

Petugas yang memimpin penyiasatan atas kematiannya, Yasir Afridi, mengatakan ibu dari Chaudhry menghubungi wanita itu terakhir kalinya pada Khamis malam itu. Setelah itu sang ibu menerima pesan teks yang mengatakan bahawa puterinya telah diculik.

Dia dilaporkan sering mengunjungi Pakistan untuk menjengok ibunya. Kedatangannya ke Islamabad adalah untuk membeli real estate buat ibunya.
Sumber : AFP
 

Read more ►
 

Copyright © Blogger Aktif Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger