Jumat, 31 Januari 2014

Kuala Nerus Peluang PAS sangat cerah

0 komentar

Harakahdaily, 25 Mac 2013
Kuala Nerus disambungkan dengan Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang merentas Sungai Terengganu.

Setiap kali rakyat Terengganu mahu melalui jambatan ini, mereka dikenakan tol 50 sen. Namun itu kisah lama. Pada malam keputusan pilihan raya umum diumumkan pada tahun 1999, tol 50 sen itu telah dimansuhkan.

Ia berlaku sebagaimana janji PAS dalam pilihan raya itu, mahu menghapuskan tol di atas jambatan itu. Sebaik saja PAS menang dalam pilihan raya 1999, belum lagi kerajaan dibentuk, tol di situ sudah dimansuhkan melalui arahan pentadbiran. Kini yang tinggal hanya rumah tol sahaja.

50 sen bagi orang berada mungkin tidak besar tetapi bagi peraih ikan, petani atau nelayan, RM1 pergi dan balik melalui jambatan itu satu nilai yang besar.

30 hari atau sebulan bermakna RM30 mereka belanjakan untuk tol sahaja. Sebab itu selepas ia dimansuhkan, ia menjadi satu perkara yang melegakan banyak pihak.

Apabila naik ke jambatan ini dari Kuala Terengganu, kita boleh melihat arca-arca menarik yang dibina oleh bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dengan menggunakan wang ehsan.

Namun ianya semua arca sahaja yang tidak boleh digunakan. Masjid kristal nama sahaja masjid tetapi tidak dibuat solat Jumaat di situ.

Kini pembangunan di Terengganu tertumpu kepada kawasan Parlimen Kuala Nerus. Banyak bangunan menarik dibina di sini termasuklah Stadium Sultan Mizan yang roboh itu.

Kini stadium itu tinggal bahagian konkrit sahaja kerana bumbungnya yang runtuh sudah mula dibuang (gambar). Pelik juga, bahagian konkrit hingga ke bawah gagah berdiri tetapi bumbungnya sudah hilang.

Rupa-rupanya, konkrit direkabentuk oleh arkitek terkenal Terengganu Datuk Raja Bahrin manakala bumbungnya direkabentuk dan dipasang oleh pihak lain iaitu syarikat Sohwon dari Korea.

Selain stadium, di Kuala Nerus juga ada dua universiti, Institut Pendidikan Guru (IPG) pusat latihan Petronas dan lain-lain. Pendekata Kuala Nerus bergerak laju bersama arus pembangunan negara.

Pilihan raya

Dalam pilihan raya 1999 juga, PAS buat pertama kali menang di Parlimen Kuala Nerus. Ia dimenangi oleh Mohd. Shukrimun Shamsuddin mengalah calon Umno.

Namun pada pilihan raya 2004 dan 2008, Shukrimun yang kini Yang Dipertua PAS Kuala Nerus gagal mempertahankan kerusi itu.

Pada amalan biasa PAS, mereka yang kalah dua kali berturut-turut jarang diletakkan sekali lagi sebagai calon. Jadi besar kemungkinan PAS akan meletakkan calon baru di kerusi itu dalam pilihan raya ini.

Nama yang paling popular adalah Dr Khairudin Aman Razali (gambar kiri) atau lebih dikenali dengan nama Khairudin At-Takiri. Beliau adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat.

At-Takiri adalah sempena dengan nama kampung kelahirannya Seberang Takir, sebuah kampung yang terletak di kawasan Kuala Nerus. Seberang Takir terkenal dengan nelayannya dan keropok lekornya yang sedap, sehingga ada sebuah kampung di di situ yang dinamakan Mengabang Lekor.

Dewan Undangan Negeri

Di bawah Parlimen Kuala Nerus ada empat kawasan DUN iaitu Bukit Tunggal, Tepoh, Teluk Pasu dan Seberang Takir.

Kini PAS hanya menang di Bukit Tunggal melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak. Dalam pilihan raya umum 2008, Dr Alias menang dengan majoriti 336 undi mengalahkan calon BN, Tuan Arif Sharibu Fadilah Tuan Ahmad.

Menurut desas desus di Pekan Batu Enam, Dr Alias akan kekal bertanding di Bukit Tunggal. Begitu juga calon PAS di Teluk Pasu pada tahun 2008, Ridzuan Hashim.

Dalam pilihan raya akan datang ini, seorang jurutera JKR, Mohamad Yasin dikatakan menjadi calon yang paling popular dari Umno untuk merampas kerusi Bukit Tunggal dari Dr Alias.

Calon PAS di Tepoh dikatakan akan bertukar kepada calon baru. Seorang tokoh baru yang merupakan Exco Pemuda PAS Terengganu, Hishamudin Abdul Karim (gambar kanan) dilihat banyak memimpin program-program PAS di Tepoh.

Baca selengkapnya


Read more ►

Kamis, 30 Januari 2014

David Teo Sampai Kuarantin Wawa…Ye Ke

0 komentar

PEMILIK syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), David Teo menafikan tuduhan artis residennya, Wawa Zainal yang mengatakan MIG pernah ‘mengurung’ serta menguarantin dirinya selama sebulan adalah satu tuduhan yang mengarut dan tidak berasas.

Wawa mengatakan dia dikuarantin daripada berjumpa Aeril selepas pihak pengurusan mula menghidu kisah cintanya dengan Aeril Zafrel.

Mengulas mengenai perkara itu, David menjelaskan, “tidak mungkin!   Itu tuduhan mengarut.  Jika benar dikuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril?  Dan jika dikuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan”?

Pada sidang media semalam, Wawa dan Aeril mendedahkan mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana takut melanggar kontrak yang melarang artis MIG daripada bercinta dan berkahwin.

Namun, David menafikan tidak membenarkan mana-mana artis di bawah naungannya untuk berkahwin.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya.  Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta.

Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin,” katanya memetik kenyataan mStar Online.

Di sebalik semua kontroversi yang melanda pasangan muda itu, David dikatakan masih lagi menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat bahawa kejelitaan Wawa boleh membawanya untuk pergi lebih jauh dalma bidang seni tempatan.

Oleh:  AUDREY LEE
Read more ►

Kamis, 09 Januari 2014

Cara Mengatasi Printer yang Berisik dan Lemot

0 komentar
Bagaimana cara mengatasi printer yang berisik dan lemot? Dipostingan kali ini saya akan menulis artikel tentang bagaimana cara mengatasi printer yang berisik dan lemot, referensi dari tulisan ini saya temukan saat browsing. Langsung saja, berikut adalah tanya-jawab permasalahannya serta jawabannya!

Printer epson T11 saya sudah mulai agak lemot dan berisik?
1. lemot : ada jeda waktu yg agak lama sejak saya melakukan
printah printing sampai.
2. berisik : suara yg dikeluarkan dr dlm printer sudah mulai sangat
menakutkan terkesan seperti ada benturan antara catridge
dan bodi printer tapi dipaksakan sangat mengganggu.

Berikut jawaban terbaik yang saya temukan!

printernya udah di infus belum?

1. lemot : bisa jadi komputernya yang bermasalah, hardisk hampir penuh, ram yang pas-pasan, bisa juga anda ngeprint dalam ukuran yang sangat besar hingga komputer kewalahan dalam menanganinya, setau saya masalah lemot bukan dari printernya.

2. berisik, jika udah diinfus biasanya dari selang infus yang kurang pas dalam penataannya. coba tata ulang kabel infusnya, jika terlalu susah coba balikin ke tempat anda memasang infusnya. jika belum di infus kemungkinan ada part dari printer yang tidak pada tempatnya coba anda check secara teliti, apakah semuanya sudah pada tempatnya. jika bingung bawa aja ke tempat servis printer.

Saya sarankan jika harus menservice printer bawa saja ke tempat yang spesialis printer jangan toko service komputer karena mereka cuma bisa-bisaan tidak ahli, kalau masih garansi dan belum di refill atau di infus bawa saja ke service center printer Epson, jika udah di refill ato di infus garansi gugur dan biaya di service center printer Epson cukup mahal.

Sumber tulisan Cara Mengatasi Printer yang Berisik dan Lemot ini saya temukan di yahoo answres. Semoga bermanfaat.

Baca postingan yang terkait lainnya:
Tips agar printer Epson cepat ngeprint
Cara memperbaiki printer Epson T11
Harga printer Epson T11
Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

PANAS SAYA CUMA BERSENAM DALAM KELAB JE

0 komentar


Jangan pulak Si Hanes Suraya ni gunakan alasan yang sama macam Si Nabila tu sudah la!!! Kalau dah buat salah tu, mengaku je. Jangan bagi alasan yang bukan - bukan pulak!!!
Pelakon yang kini kian melonjak naik, Hanez Suraya enggan berselindung lagi mengakui bahawa dirinya dahulu seorang yang liar, namun kini dia telah berubah dan menganggap apa yang dilakukannya itu adalah satu pengajaran yang berguna buat dirinya.

Hanez kembali terpalit dengan kontroversi apabila gambar-gambarnya berpelukan dengan beberapa orang lelaki kembali tersebar di beberapa blog hiburan tempatan baru-baru ini.

“Saya mengaku dahulu saya agak liar. Pada waktu itu, usia saya masih muda dan masih belum boleh berfikir apa yang betul atau salah. Namun zaman itu telah berlalu dan saya kini sudah pun berubah.

“Gambar itu sudah lama. Ia diambil lima tahun yang lalu. Setiap tahun gambar ini pasti akan menimbulkan kekecohan. 

Saya sendiri pernah memberi penjelasan empat tahun yang lalu. Oleh itu saya tidak cepat melatah apabila ia kembali hangat diperkatakan,” ujar aktres berusia 27 tahun ini.

Tambahnya lagi, gambar tersebut kembali disebar mungkin kerana ada pihak yang iri hati, walaupun mengakui dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun sebelum ini.

“Saya tidak nafikan mungkin ada pihak yang tidak suka atau iri hati dengan hubungan saya bersama Awi Rafael. Oleh itu mereka cuba untuk menjatuhkan kami, tetapi itulah yang membuatkan ikatan hubungan kami bertambah kuat. 

Namun saya tetap ingin memohon maaf andai saya ada terkasar atau tersalah dengan sesiapa pun,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media drama “Dalam Hati Ada Taman” di Flora CafĂ©, Ampang, Kuala Lumpur, semalam.
Read more ►

Avast! Free Antivirus 7 0 1451 Download

0 komentar
Avast! Free Antivirus 7.0.1451 Summary

File size: 71.3 MB
Platform: Windows
Publisher: Avast Software
License: Freeware
Download: Avast! Free Antivirus 7.0.1451


Avast! Free Antivirus 7.0.1451 description
Avast! Free Antivirus often outperforms competitors´ paid-for products and is the minimum protection anyone should have against viruses and spyware.

But if you shop or bank online and store sensitive data on your PC, we recommend our maximum, next-generation protection,Learn more about avast! Internet Security.
Read more ►

5 LAGI POLIS TERBUNUH BERBANGGAKAH KITA SABAHKINI 3 10PM

0 komentar

MATI.....Salah seorang militan yang berjaya ditembak mati di Semporna, manakala kawalan ketat di Semporna bagi memburu saki baki kumpulan militan yang menyerang hendap pasukan polis semalam.

Oleh : MUTALIB M.D
KEMELUT tuntutan Sultan Sulu semakin meruncing ekoran tindakan serangan terbaru di Semporna malam semalam yang melibatkan lima orang anggota polis terbunuh, seorang inspektor wanita dan seorang Datuk ditawan dalam rumah.
 
Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa lima pegawai polis terbunuh dan dua cedera akibat serangan hendap puak militan walaupun dipercayai bukan kumpulan yang sama.
Bagaimanapun, Pasukan Perisik Sabahkini.net di Semporna mendapat maklumat bahawa puak militan yang mengaku sebagai Tentera Sultan Sulu berada di tiga lokasi yang berbeza di Semporna dan sebentar tadi telah menawan Ketua Daerah Sulabayan, Datuk Malali Haji Mali dirumahnya di Kampung Tagasan, Semporna.
Sehingga ke saat ini PDRM belum mengesahkan berita mengenai nasib Inspektor Azra yang kononnya berjaya ditawan kumpulan militan semalam.
Dalam pada itu tiga orang militan berjaya ditahan di Simpang Jalan Haji Jalan di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; manakala lima lagi dapat meloloskan diri dari kepungan ketat polis berdekatan Tg Labian apabila pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka setelah operasi memburu saki baki militan @ tentera Mat Bom dilancarkan.
Menurut penduduk kampung, akibatnya mereka berada dalam kebuluruan kerana terputus bekalan makanan dan setakat ini belum ada sebarang bantuan yang diberikan kepada penduduk di 13 kampung tradisi berkenaan yang terperangkap dan mengalami risiko ditawan puak Militan.
Siasatan Pasukan Perisik Sabahkini.net mendapati bahawa bukan sahaja Suluk, malah Bajau Sibutu, Bajau Simunul dan Iyakan juga turut menjadi Tentera Berani Mati Sultan Sulu yang membentuk sembilan kumpulan.
Setakat ini hanya dua kumpulan sahaja yang memunculkan diri di Kampung Tanduo, Tungku dan Sri Jaya, Simunul, Semporna; manakala enam lagi dipercayai akan menyusul pada bila-bila masa.
Kumpulan militan yang dianggarkan seramai 2,000 orang telah berada di Sabah sejak lima bulan lalu; kebanyakannya adalah warga Penyu yang memiliki IC Projek merancang untuk menyerang dan menawan Tanduo, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan yang sebelum ini adalah Wilayah Sultan Sulu.
Menurut maklumat tidak rasmi Militan Filipina, seramai 2,000 lagi sedang memasuki Sabah melalui Jolo bagi menjalankan Operasi Magsabil (Jihad dan Shahid) untuk menawan Sabah yang sebelum ini didakwa sebagai Tanah Jajahan Sultan Sulu.
Dalam kejadian semalam, satu keluarga yang menjadi Tebusan di Semporna telah dapat diselamatkan oleh Pasukan Keselamatan namun agak malang kerana dua anggota keselamatan terkorban dalam kejadian serang hendap; manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati.
Bagaimanapun tiga anggota polis yang terkepung dalam sebuah rumah lain tidak dapat menyelamatkan diri dan tewas di tangan militan menjadikan kesemuanya 5 orang polis terkorban setakat ini.
PDRM juga masih membisu berhubung laporan penculikan Inspektor Azra, sekalipun keluarganya tidak menafikan kemungkinan beliau diculik adalah positif kerana tidak dapat mengesan beliau sejak semalam.
Pasukan Perisik Sabahkini.net turut menerima maklumat bahawa Kunak Kudat, Lahad Datu dan Sandakan akan diserang pada bila-bila masa dan pihak berkuasa telah mengambil berjaga-jaga sejak malam tadi.
Sebentar tadi, (2.45 petang) sekumpulan militan dilaporkan telah mendarat di Kampung Desa Bajau dan pasukan keselamatan sedang bergegas ke lokasi yang dilaporkan penduduk kampung untuk mencegah sebarang kemungkinan; bagi mengelak nasib malang yang menimpa penduduk Simunul semalam berulang.
Nampaknya Sabah akan menghadapi Gelombang Tsunami Reverse Take Over yang mengejutkan jika pihak berkuasa masih berhidung tinggi dan enggan mendapatkan kerjasama penduduk kampung mengesan anggota Militan yang tinggal di kampung berkenaan; sebagaimana kejayaan pasukan keselamatan menahan salah seorang yang disyaki anggota kumpulan militan di Semporna, Haji Tampakan Pehakan.
Setakat ini PDRM belum mengesahkan tangkapan berkenaan sekalipun Pasukan Keselamatan di Tanduo dan sekitarnya masih menunggu arahan Tembak daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara setelah berjaya mengesan saki baki militan berkenaan.
Persoalan yang bermain dibenak anggota keselamatan ialah bagaimana mereka dapat mengenalpasti kumpulan militan kerana wajah, bahasa dan budaya mereka hampir sama dengan penduduk kampung; terutama yang mendapat IC Projek; umpama musuh dalam selimut yang menghalakan peluru kepada kita dan menjadi Si Kitul membenarkan militan masuk demi cita-cita kosong Sultan yang kehilangan negara; Sultan Pasir Berdengung!
Read more ►
 

Copyright © Blogger Aktif Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger